Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

TAJUK PROGRAM :           WEBINAR IYC - PELANCONGAN LESTARI

TEMA                     :           MENDEPANI KETIDAKTENTUAN                        

TARIKH                  :          1 DISEMBER 2020 (SELASA)

MASA                      :          11.00 PAGI – 1.00 PETANG

PENGENALAN      

Perkongsian daripada Panel pakar dalam bidang ini dengan topik-topik menarik yang menyentuh isu semasa dan cabaran berkaitan Pelancongan Lestari diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan yang terlibat samada secara langsung atau tidak ketika pelaksanaan PKP.


MODERATOR

Dr. Asran Alias

Mempunyai kepakaran dalam perancangan Bandar dan pelancongan.  Kedua-dua sektor ini terkesan teruk sewaktu PKP. Institusi  perhotelan,  pusat hentian pengembara, pusat latihan dan hub perkhidmatan antarabangsa seperti  IYC perlu membuat penilaian semula perancangan dan model perniagaan untuk bangkit semula menarik kehadiran pengembara muda.


PANEL  JEMPUTAN

Prof. Dr. Ahmad Puad Mat Som

Merupakan profesor di Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, berkepakaran di dalam bidang ‘Tourism Planning and Development, Development Studies, Community Based Tourism, Crisis Management and Muslim Friendly Tourism’. Mmepunyai pemngalaman yang sangat luas dalam bidang pelancongan dan telah mempunyai 100 penerbitan jurnal, hampir 20 penerbitan buku dan 150 artikel yang telah diterbitkan di seminar dan konferen di dalam dan luar negara.

Dr. Muaz Azinuddin

Dr. Muaz merupakan Penyelaras Siswazah di UniSZA yang mempunyai kemahiran dalam bidang ‘Tourism Networks, Tourism and Hospitality Management’. Mempunyai PhD. ‘In Management Studies dari Business School, University of Exeter, United Kingdom pada tahun 2019.

 
Prof. Dr. I Nyoman Darma Putra

Berkepakaran dalam bidang Parawisata dan Budaya, Prof. Dr. I Nyoman Darma Putra merupakan profesor di Universitas Udayana, Bali, Indonesia. Prof. Dr. I Nyoman Darma Putra melengkapkan PhD. beliau dari  School of Languages and Comparative Cultural Studies, University of Queensland, Australia pada tahun 2013.

Prof. Dr. Badaruddin Mohamed

Prof Badaruddin Mohamed adalah seorang profesor dalam bidang perancangan pelancongan di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia.  Beliau adalah pengasas Kluster Penyelidikan Pelancongan Lestari.  Beliau merupakan lulusan sarjana dan Phd dari Rikkyo University, Jepun.  Selain dari menjadi salah seorang penggubal projek Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu ini, beliau juga merupakan ketua konsultan kepada Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.  Sebelum ini beliau pernah menjadi konsultan kepada beberapa lagi kajian dasar, antaranya, Dasar Perumahan Negara dan juga Dasar dan Strategi Pembasmian Setinggan Negara.


UCAPAN PENUTUP

Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee

Beliau adalah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Beliau seorang yang meminati kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan belia di negara ini khususnya ke arah pengantarabangsaan belia.

Signifikan dengan sumbangan beliau kepada pembangunan belia luar negara, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Asia (AYC) telah menerima anugerah Global Youth Icon Award 2017 daripada organisasi belia antarabangsa semasa menghadiri Global Youth Peace Festival di Chandigargh, India.

Berlatarbelakangkan sebagai seorang kaunselor, jiwa beliau amat dekat dengan komuniti, khususnya orang muda.


RUMUSAN

Pelaksanaan Webinar bagi penyampaian maklumat amat berkesan terutama ketika di dalam tempoh PKP ini. Isu – isu utama yang membabitkan isu sosial komuniti, kemasyarakatan, pemerkasaan ekonomi melingkari golongan belia di Malaysia ketika ini.

Golongan belia amat terkesan dengan PKP dan golongan belia yang terlibat dengan sektor pelancongan merupakan mereka yang paling terjejas. Penutupan banyak perusahaan bermakna akan wujud banyak isu pengangguran dan pastinya akan saling berkait dengan isu  - isu sosial yang lain.

Webinar IYC : Pelancongan Lestari bakal membuka pandangan baru, input berbeza bagi pembangunan semula ekonomi anak muda disamping mempraktikkan norma baru menjelang pasca Covid-19.

Input SDG’s juga ditekankan agar pelaksanaan apa juga bentuk pemulihan ekonomi dan sosial sentiasa sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari 2030. Siri webinar ini diharap mampu memberi impak kepada pembangunan belia negara terutama belia yang terlibat dalam sektor pelancongan selepas PKP, menekankan usaha dan tindakan serta SOP perlu jika negara mengimpikan kelangsungan modal insan dan berdaya saing selain mengekalkan kelestarian oleh generasi muda negara. IYC mengambil peranan sebagai pemudahcara dengan menggunakan mekanisma yang dirasakan sesuai bagi pembangunan belia Negara; samada program berbentuk ilmiah mahupun kemahiran yang memberi manfaat kepada para belia apatah lagi di waktu pandemik Covid-19.

 

 Sila klik pautan ini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran 

 Sila klik pautan ini untuk muat turun Sijil Penyertaan

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

Jom dapatkan tawaran menarik dari kami !!!!
Harga serendah RM 25/pax
beserta sarapan pagi @ minum petang untuk
Pakej Mesyuarat di IYC.

tempah sekarang 📞📞📞
Hubungi kami di;
03-91719204/05

 

Dapatkan harga serendah RM 80
untuk Bilik Penginapan di IYC !!!

Apa tunggu lagi !!!
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh
hubungi IYC di talian 03- 91719204/05

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top