Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
Kuala Lumpur, 26 November 2021 - Telah berlangsung Taklimat Sesi Libat Urus Bersama Pusat Belia Antarabangsa yang dikendalikan oleh Bahagian Dasar dan Strategik, Kementerian Belia Dan Sukan dan kerjasama Majlis Belia Malaysia hari ini dengan penglibatan seramai 70 orang belia dari universiti luar negara, institusi pengajian tinggi awam dan antarabangsa serta persatuan/pertubuhan belia.
Sesi yang bertujuan mendapatkan cadangan, usul dah hasrat belia dalam memetakan perancangan pembangunan belia untuk tempoh 10 tahun akan datang dalam Model Baharu Pembangunan Belia 2030.
Rasionalnya model ini setelah mengambilkira aspek utama dalam meningkatkan sosioekonomi; mengurangkan masalah sosial; memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia; melahirkan warganegara belia yang aktif dan berdaya tahan serta memanfaatkan penggunaan teknologi yang berkembang pantas.
Idea, saranan dan pandangan dalam platform ini amat penting dalam pelaksanaan pembangunan negara dan fokus bidang yang signifikan dengan peranan belia. Ini kerana belia adalah tunggak dan aset negara yang turut memainkan tanggungjawab penting untuk merencanakan pembangunan negara.
Ucaptama telah disempurnakan oleh YBrs.Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan taklimat disampaikan oleh Puan Musyrifah Binti Elias dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan, KBS.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2022
Seluruh warga IYC mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

 

 

Pelawaan adalah dibuka kepada Katerer Muslim / Pengusaha Makanan Muslim yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia 
dalam bidang/ taraf berkenaan bagi mengendalikan katering di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, Sila klik disini

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top