Bangkok, 10 Mei 2022 - YBrs.Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC mengiringi delegasi YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Pusat Belia Antarabangsa bagi lawatan kerja ke Bangkok, Thailand.
 
Satu pertemuan dan sesi libaturus telah diadakan untuk delegasi bersama pihak "United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific" (UN ESCAP di Ibu pejabat mereka di Bangkok, Thailand).
 
Sesi libaturus tersebut diadakan bersama Mr Kaveh Zahedi, Deputy Executive Secretary for Sustainable Development bagi mengukuhkan peranan dan komitmen IYC terhadap gagasan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).
IYC amat berbesar hati kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk mengatur dan menguruskan sesi libaturus jaringan belia antarabangsa di Bangkok, Thailand.
 
 
#IYCMalaysia
#SDG2030
#KeluargaMalaysia
FaLang translation system by Faboba