Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Program Komuniti Gotong Royong Bekalan Air Bersih di Telang Usan, Miri Sarawak, secara bersiri pada 7hb Disember 2020 dan 14hb Disember 2020.

Mesyuarat adalah berkaitan dengan penyelarasan peringkat induk pelaksanaan Porgram Bekalan Air Bersih di Kg. Long Latei dan Kg. Long Sayan di Sarawak bagi pembabitan agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan serta sukarelawan dari Alumni MyCorps, Alumni Peserta MFLS, sukarelawan MyHumanitarian dan juga pembabitan sukarelawan tempatan.

Sesi Perbincangan ini telah dihadiri oleh wakil dari JBSN iaitu En Sabran b. Abd Bahar, Timbalan Ketua Pengarah Bah Pembangunan Rakan Muda, turut hadir wakil Bah Rakan Muda, wakil I-Lead, wakil dari IYRES, wakil dari UKK KBS, wakil dari Bah Pembangunan Kemahiran Belia serta pihak MyHumanitarian yang merupakan Rakan Strategik IYC bagi pelaksanaan program ini. Program ini juga mendapat sokongan penuh oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Program ini merupakan kesinambungan kejayaan program yang sama di Kg Long Puak, Kg Umah Akeh dan SK ST. Pius yang telah berhasil menerima bekalan air bersih setelah sekian lama.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top