Kuala Lumpur, 12 Januari 2021 - Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama IYC akan melaksanakan Program Youth Agrocity. Program yang berkonsepkan pertanian bandar akan dilaksanakan di tiga (3) lokasi iaitu so Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara Kuala Lumpur dan dua (2) di Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.

Mesyuarat diadakan bertujuan membuat pelaporan kemajuan gerak kerja program ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah bt. Hj.Yusof, Ketua Pengarah, JBSN. Turut hadir pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, JBS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Cawangan Pembangunan Ekonomi.

#IYCMalaysia

#LeavingNoOneBehind

#kitajagakita

FaLang translation system by Faboba