Kuala Lumpur, 20 April 2021 - Pengurusan IYC telah menerima kunjungan dan lawatan kerja dari Pengurusan Tertinggi IKBN Kuala Perlis jam 3.00 petang tadi.

Delegasi lawatan telah diketuai oleh Encik Zurihanmi Bin Zakariya, Pengarah IKBN Kuala Perlis dan Encik Muhamed Shukri Bin Abdul Mookmin, Timbalan Pengarah. Turut hadir sama pegawai IKBN, Encik Shamsyul Akmal Bin Mohd Saad dan Encik Muhammad Fathehi Bin Ahmad Fuad.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi dan membuat tinjauan kaedah pertanian bandar yang dilaksanakan di IYC dan program kerjasama pada masa akan datang.

Taklimat dan perkongsian dari IYC telah diketuai oleh YBrs.Dr.Mohamed Maliki Mohamed Rapiee selaku Pengarah.

 

#IYCMalaysia

#LeavingNoOneBehind

#kitajagakita

#iycurbanfarming

 

FaLang translation system by Faboba