Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
Kuala Lumpur, 20 Mac 2021, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama pihak Jabatan Belia Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSN WPKL), Jabatan Pertanian Serdang (MAFI) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Tanaman Terung secara Fertigasi di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur.
 
Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang dengan penyertaan seramai 30 orang yang terdiri daripada staf Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Ahli Persatuan Belia Cempaka dan Ahli Kariah Masjid.
 
Keluasan tapak berukuran 30x100 kaki di dalam kawasan masjid akan dibangunkan dengan pelbagai jenis tanaman secara giliran melalui kaedah fertigasi dan konvensional. Tanaman pertama bagi projek ini adalah tanaman terung.
 
Turut hadir ke tapak projek ialah YBhg.Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat, Pegawai Tadbir Agama Zon 5, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan; YBrs.Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa; YBhg.Encik Abdul Murat bin Abdul Wahab, Pengerusi Masjid Saidina Othman Ibn Affan; YBhg.Encik Islah bin Ishak, Pegawai Jabatan PertanianPn.; YBhg.Puan Azidah, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara dan beberapa orang kakitangan dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Pertanian serta Masjid Saidina Uthman Ibn Affan.
 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top