Kuala Lumpur, 7 Disember
2022, Peserta Program Japan's Friendship Ties Japan-East Asia Network of
Exchange of Students and Youths (JENESYS 2022) yang terdiri di kalangan pegawai
dan kakitangan agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bekerjasama dengan
Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah mengadakan satu aktiviti tanaman sayur
organik di tapak pertanian IYC (bahagian green wall).
Aktiviti ini merupakan
projek kumpulan peserta JENESYS yang perlu melaporkan hasil daripada projek
tersebut kepada pihak Japan International Cooperation Centre (JICE).
Seramai 20 orang atlet muda
Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan B40 yang sedang menghadiri Inclusive
Leadership Programme (iLeap 2022 workshop) di IYC turut menyertai aktiviti ini.
Teknik tanaman sayur
organik dan cara penjagaannya telah dikongsikan oleh Encik Azman Bin Bakar
(Eksekutif Bahagian Penyelenggaraan dan Keselamatan Bangunan).
#IYCMalaysia
#SDG2030
#JENESYS2022