LAWATAN KERJA MENTERI DAN TIMBALAN BELIA DAN SUKAN KE PUSAT BELIA ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 13 Disember 2022 - Pengurusan IYC telah melaksanakan sesi taklimat ringkas dan lawatan ke bilik-bilik kemudahan sempena lawatan kerja YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.Turut hadir YBhg. Dato' Jana Santhiran, Ketua Setiausaha KBS; YBrs. Encik Abdullah bin Hasan,Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali,Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik).

YB Menteri dan YB Timbalan Menteri juga meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja IYC dan pelanggan-pelanggan yang berada di IYC.


#IYCMalaysia

#TeamKBS

#SDG2030