IYC LOKASI PROGRAM GLOBAL YOUTH PEACE FEST 2022

Cheras, 2 Oktober 2022 – Seramai 170 orang peserta dari 18 negara berkumpul bagi program 15th Global Youth Peace Fest-GYPF2022 pada 30 September hingga  2 Oktober 2022 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Program ini merupakan anjuran bersama di antara India NGO Yuvsatta (youth for peace), IYC dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kementerian Pelamcongan Malaysia.

Dengan tema of "Enhancing Youth Engagement & Sustainable Development in the Post-Covid World", program 3 hari ni telah membawa belia daripada pelbagai latar belakang, kerakyatan dan agama untuk meningkatkan penglibatan belia dan pembangunan mampan dalam dunia selepas pasca COVID-19.

Program ini merupakan pertama kali diadakan bersama IYC di Malaysia. Para peserta diberikan pendedahan dan pengetahu mengenai kebudayaan di Malaysia. Pengisian program pada hari pertama ialah semua peserta telah mengadakan perbincangan kumpulan mengenai isu utama berkisar tentang matlamat pembangunan mampan termasuk peranan komunikasi dan media dalam dunia pasca COVID, pendekatan penyertaan kepada pembangunan mampan yang menggabungkan pendekatan permainan koperasi dan menyediakan hati penyayang dan minda kreatif melalui kreativiti dan inovasi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IYC. Semasa majlis penutup tersebut, 'Anugerah Ikon Belia Global 2022’ turut disampaikan kepada golongan muda terpilih dari seluruh dunia.

Para peserta GYPF 2022 juga telah mengadakan aktiviti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah melukis seni/mural bersama artis terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Cik Anna Karina Jardin, Ketua Pegawai Eksekutif, Artdialogo, Malaysia, diikuti dengan forum UN Model di mana pelajar UIAM telah mengambil bahagian.

UIAM telah mengatur permainan luar dan panorama pelbagai budaya muzik dan tarian. Para peserta juga telah satu aktiviti 'Candle Light Vigil' iaitu bagi mempromosikan hak dan maruah gadis dan wanita.  Satu aktiviti ‘Global Youth Peace Bridge’ yang telah turut diadakan bagi mengukuhkan kepimpinan belia dan perubahan yang membina di seluruh Asia dan Afrika.

Majlis penutup bagi program ini telah diadakan pada 2 Oktober 2022, semua peserta diberi peluang untuk berinteraksi bersama YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan bagi berkongsi pembelajaran selama 3 hari dan pengalaman yang bermanfaat dalam program ini.