LAWATAN DARIPADA INDIA-MALAYSIA YOUTH EXCHANGE

7 Oktober 2022, Kuala Lumpur - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Maharishi Group of Schools dalam Program Pertukaran Belia India-Malaysia dan Program Pengajian Mengenai Pemahaman Global Untuk Pembangunan Mampan. Kunjungan berlangsung di Bilik Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Dalam program tersebut, MBM telah berkongsi mengenai gerak kerja dan latar belakang MBM yang disampaikan oleh Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM.

Dalam program tersebut, IYC telah berkongsi mengenai maklumat dan latar belakang IYC yang disampaikan oleh Encik Pathma Seelan a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah, Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Turut sama dalam perkongsian tersebut Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM.

#IYCMalaysia

#KeluargaMalaysia

#SDGs

#LeavingNoOneBehind