PROGRAM BICARA INTEGRITI DAN AKTIVITI EKSPLORASI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL    DAN HARI INTEGRITI NASIONAL 2022

14 Oktober 2022 - Sempena Sambutan Maulidur Rasul pihak pengurusan melalui urusetia jawatankuasa intergriti dan governans IYC telah mengatur program dalaman buat semua kakitangan berbentuk ceramah yang bertajuk Rasullulah Al-Amin teladan dan inspirasi sepanjang zaman. Program ini antara lain menyentuh tentang nilai-nilai baik yang perlu diterapkan oleh setiap orang dan menjadikan keperibadian Rasulullah SAW sebagai contoh untuk diteladani. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri Bin Shapie dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini diturut dilengkapkan dengan eksplorasi Integriti yang bertujuan memberikan kefahaman dan kesedaraan berkaitan intergriti dan rasuah dikalangan kakitangan IYC melalui soalan-soalan kuiz.

Aktiviti ini diatur bersempena sambutan Hari Intergriti Nasional yang diraikan pada 5 November setiap tahun.

#IYCMalaysia

#MaulidurRasul2022

#hariintegritinasional2022