PELAKSANAAN SESI PRA AUDIT PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S)

Cheras, 19 September 2022 - Pelaksanaan sesi pra audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) IYC telah berlangsung pada hari ini dengan kehadiran juruaudit dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); Encik Sabri Hasan, Pengurus Unit Pengurusan Pengiktirafan.

Sesi pra audit ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua Bahagian dan Jawatankuasa Induk serta Ketua-ketua Zon yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S).


#IYCMalaysia

#KeluargaMalaysia

#mpc