WARGA IYC SAMBUT BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT DALAMAN DENGAN CARA                                     DAN KEUPAYAAN SENDIRI.

I

Cheras, 13 September 2022 - Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, kami warga IYC dapat juga melaksanakan aktiviti diperingkat dalaman dengan cara dan keupayaan tersendiri.

Aktiviti bukan sekadar untuk berseronok semata tetapi yang paling penting ukhwah antara kami, semangat sepasukan kami, kegembiraan yang dikongsi dan saling lengkap melengkapi. Nilai- nilai sebegini menjadi teras dalam penghayatan erti sebuah kemerdekaan yang telah kita kecapi.

Nilai kemerdekaan inilah yang akan dipelihara supaya Negara terus teguh dan membangun dipersada dunia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak juri Puan Azura Abidin, Pengarah ADAMAS dan Encik Norzilam Mohamed, PPK (KN) 4 Kluster Kenegaraan iLead yang sudi hadir memberi sokongan dan teguran membina dalam aktiviti yang telah dijalankan.

#KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA