IYC TURUT SERTA DALAM PAMERAN PROGRAM PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2022  

Serdang, 10 Ogos - IYC telah turut serta dalam Program Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022. IYC ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) atas kepercayaan kepada IYC untuk terlibat dalam pameran MAHA bagi berkongsi pengalaman serta  kemahiran berkaitan pelaksanaan projek 'urban farming'. 

Perkongsian ini lebih kepada tujuan untuk memberi pendedahan dan pemindahan ilmu (transfer knowledge) kepada para pengunjung akan kepentingan pertanian bagi menyokong kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat bandar dan keseimbangan ekosistem. Projek urban farming IYC ini turut diperluaskan di peringkat JBSN, KBS melalui Program Youth AgroCity yang melibatkan penyertaan belia setempat dalam pelaksanaannya. Projek yang diusahakan oleh IYC dan KBS selari dengan tema MAHA pada tahun ini iaitu ' Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'.