LAWATAN DELEGASI BELIA YAYASAN BEASISWA 10.000 KE IYC 

Cheras, 23 Ogos 2022 - Pengurusan IYC telah menerima lawatan delegasi belia seramai 33 orang dari Yayasan Beasiswa 10.000 Indonesia pada hari ini yang diketuai oleh Encik Konsha Wardana; Presiden Beasiswa 10.000.

Lawatan ke IYC ini merupakan satu platform bagi mereka untuk melihat peluang program kerjasama di peringkat antarabangsa sekaligus perkongsian dan lawatan ke tapak projek Urban Farming yang dilaksanakan di IYC. Tugasan ini juga adalah salah satu program di bawah rangka lawatan sambil belajar belia Yayasan Beasiswa 10.000 dari Indonesia ke Malaysia.

Mereka juga turut terlibat sebagai peserta dalam Forum Belia Antarabangsa iaitu "Transforming Education by 2030: Youth Aspiration" yang diadakan di Saito University College jam 3.00 petang. Forum yang fokus kepada diskusi ilmiah ini merupakan anjuran Asian Youth Network (AYN) di bawah inisiatif IYC4Peace dengan sokongan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan kerjasama Persatuan Belia Yayasan Beasiswa 10.000 dari Indonesia, Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) serta Saito University College.